Lebih 400 atlet negeri sertai Majlis Sukan Sekolah Malaysia

25 May 2025 • 4:09 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Lebih 400 atlet negeri menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 yang bermula Jumaat di pelbagai negeri di Semenanjung.

Enam sukan yang akan dipertandingkan ialah bola baling di Kuala Lumpur, pingpong di Kelantan, skuasy di Negeri Sembilan, bola tampar di Kedah, bola lisut di Pahang dan akuatik di Johor.

Pada majlis pelepasan rasmi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) awal Jumaat, pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Datuk Mohd Arif Sakaran memberi semangat kepada para atlet dan menggesa mereka untuk melakukan yang terbaik.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ambil peluang ini untuk menimba pengalaman dan memaksimumkan prestasi bagi mengharumkan nama negeri dan pada masa sama menjaga disiplin,” katanya.

Turut hadir Penolong Pengarah Perhubungan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Syapiei Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar Datu Asrah Datuk Ambas dan pegawai lain serta beberapa ibu bapa.