Lebih 5,000 CCTV pantau Kuala Lumpur

6 Apr 2026 • 9:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lebih 5,000 unit CCTV telah dipasang di sekitar ibu kota setakat ini. Gambar kecil: Zahir

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan memaklumkan lebih 5,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) telah dipasang di sekitar ibu kota setakat ini.

Menurut beliau, pemasangan kamera itu tidak hanya tertumpu di persimpangan jalan, malah terdapat perancangan untuk menambah bilangannya ke kawasan strategik lain.

"Antara kawasan dikenal pasti termasuk di sekeliling taman rekreasi, stesen Transit Aliran Ringan (LRT), stesen Transit aliran Massa (MRT) dan hentian bas.

"Selain itu, pemasangan CCTV juga perlu melibatkan kawasan tumpuan pelancong dan orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian.

Zahir turut menegaskan, kepentingan penglibatan komuniti dalam meningkatkan kesedaran terhadap isu keselamatan, selain mencadangkan keterlibatan pihak swasta menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Pihak swasta boleh memainkan peranan dengan menyumbang kepada projek keselamatan termasuk pemasangan CCTV berhampiran pejabat atau bangunan masing-masing.

"Pendekatan integrasi melibatkan semua agensi dan pemegang taruh amat penting bagi memastikan usaha ini benar-benar berkesan,” ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved