Lebih 5,000 Proton X50 Baru Terjual Dalam 40 Hari, Proton X50 Kekal Raja SUV

LocalCars
10 Oct 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Sejak dilancarkan pada Julai tahun ini, Proton X50 facelift 2025 telah mencuri perhatian rakyat Malaysia, dengan lebih 5,000 unit berjaya diserahkan dalam tempoh hanya 40 hari. Kejayaan ini mengukuhkan lagi kedudukan X50 sebagai raja segmen SUV kompak di Malaysia, gelaran yang diberikan kepada model ini sejak versi pra-facelift diperkenalkan pada tahun 2020.

Rekaan Sporty Menarik Orang Muda

image is not available

Menurut Proton, daya tarikan utama X50 baru ini adalah dari segi rekaannya yang kini lebih moden dan agresif yang menarik perhatian golongan muda. Model facelift ini menampilkan lampu depan LED tajam, bampar hadapan baharu dengan motif jalur mendatar serta gril yang diinspirasikan daripada rekaan songket yang memberikan imej unik.

Di belakang, gaya moden terserlah melalui lampu belakang jenis LED melintang berkelebaran penuh, rim aloi bersaiz 18 inci serta spoiler belakang yang agresif.

Enjin Lebih Berkuasa

image is not available

Proton X50 2025 dilengkapi enjin petrol turbo 1.5 liter 4 silinder yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Penambahan silinder memberikannya kuasa lebih tinggi iaitu 181 PS dan tork 290 Nm berbanding versi terdahulu, sekaligus menjadikan SUV kompak ini lebih berkuasa, dengan masa pecutan dari 0 ke 100 km/j hanya 7.6 saat.

Kabin Lebih Moden & Praktikal

image is not availableimage is not available

Bahagian dalam juga diperbaharui dengan ciri baharu seperti skrin infotainment bersaiz 14.6 inci yang kini menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Ciri seperti sistem kamera 360 darjah dengan paparan HD turut menjadi kegemaran pembeli kerana memudahkan pengendalian terutamanya di kawasan sesak dan ruang sempit.

image is not available

Menurut Timbalan CEO Proton Edar, Zhang Qiang, sambutan hangat ini membuktikan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap produk Proton.

"Kepuasan pelanggan sentiasa menjadi matlamat kami, dan maklum balas positif ini mendorong kami untuk terus mempertingkatkan mutu dan mengekalkan kedudukan Proton X50 sebagai Raja SUV di Malaysia sekaligus menetapkan standard baharu dalam pelbagai segmen," tambah beliau.

Pilihan Varian & Promosi Menarik

Model Proton X50 2025 ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.5TD Executive (RM89,800), 1.5TD Premium (RM101,800) dan 1.5TD Flagship (RM113,300). 10,000 pelanggan pertama yang mendaftar sebelum 31 Oktober ini, layak mendapat rebat tunai istimewa sehingga RM4,000.