Proton e.MAS 5 : Harga Varian Prime/Premium, Warna, Spesifikasi

LocalCars
30 Oct 2025 • 9:06 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Proton e.MAS 5 2025 hadir sebagai revolusi terbaharu dalam dunia automotif Malaysia – menawarkan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya yang lebih pintar, cekap dan mesra alam.

Model SUV elektrik pertama Proton ini bukan sahaja tampil dengan reka bentuk moden dan futuristik, malah turut dilengkapi dengan teknologi terkini yang menjadikannya setanding jenama global lain.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan harga terkini Proton e.MAS 5 di Malaysia, pilihan warna yang ditawarkan, perbandingan setiap varian dan spesifikasi lengkap, supaya anda boleh membuat keputusan terbaik sebelum membeli.

Varian & Harga Proton e.MAS 5

Proton e.MAS 5 ialah versi pemanduan kanan kepada Geely Xingyuan/Star Wish dari China, dibina atas platform GMA yang menyokong BEV dan PHEV.

Ia berukuran 4,135 mm panjang, 1,805 mm lebar, 1,580 mm tinggi dengan jarak roda 2,650 mm, serta menawarkan ruang simpanan hingga 1,320 liter apabila tempat duduk belakang direbahkan.

Varian Prime menggunakan motor 79 PS (58 kW) dengan bateri 30.12 kWj, jarak 225 km (WLTP) dan tiga mod pemanduan (Sport, Eco, Comfort). Varian Premium pula hadir dengan bateri CATL 40.16 kWj, jarak 325 km, motor 85 kW/150 Nm, pacuan roda belakang dan pecutan 0-50 km/j dalam 3.9 saat.

Ia menyokong pengecasan pantas DC 71 kW (30%-80% dalam 21 minit) serta pengecasan AC 6.6 kW, menjadikannya antara EV paling praktikal dalam segmennya.

PremiumPrime
16-inch Alloy Rims6 Airbags
360 Degree Camera14.6-inch FHD Display
Intelligent Driver Assist Functions (ADAS)Leatherette Seats
Powered Tailgate70L Frunk
LED Aerodynamic HeadlightsRear Wheel Drive
0-50 km/h in 3.9sRear Multi-Link Susupension
Range 325 km (WLTP*)Range 225 km (WLTP*)
40.16 kWh CATL LFP Battery30.12 kWh CATL LFP Battery
*RANGE MAY VARY DEPENDING ON DRIVING STYLE AND TRAFFIC CONDITIONS
image is not available
@pandulaju

Harga rasmi Proton e.Mas 5!!

♬ original sound – PanduLaju – PanduLaju

HARGA RASMI PROTON E.MAS 5

Model ini hadir dalam dua varian — e.MAS 5 Premium berharga RM72,800 dan e.MAS 5 Prime pada harga RM59,800.

Sempena pelancaran, anda boleh menikmati Rebat Istimewa Pelancaran untuk masa terhad — miliki e.MAS 5 Premium pada hanya RM69,800 dan e.MAS 5 Prime pada RM56,800 sahaja.

Melangkah ke masa depan lebih mudah dengan e.MAS 5 Power Pack, yang merangkumi:

  • Pengecas Rumah 7kW percuma bernilai RM1,500
  • Data tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800
  • Pinjaman 5 tahun dengan kadar faedah rendah 1.98% melalui Proton Commerce bernilai RM1,700
  • Program Xchange untuk kenderaan tidak layak di jalan raya bernilai RM2,000
  • Anda juga boleh mendapat rebat tukar beli RM1,000 melalui kerjasama dengan Carsome.
image is not available
image is not available
Sumber: Laman web rasmi Proton eMas https://emas.proton.com/

Warna

Proton e.MAS 5 hadir dengan lima pilihan warna luaran dan dua tema dalaman yang direka untuk mencerminkan gaya serta personaliti pemiliknya.

Warna Luaran (Exterior)

  1. Marble Cream* – Warna lembut dan elegan yang hanya ditawarkan untuk varian Premium, memberi sentuhan mewah dan eksklusif.
  2. Quartz Rose* – Juga eksklusif untuk varian Premium, warna merah jambu lembut ini memberikan penampilan lebih moden dan bergaya.
  3. Moonstone White – Warna putih klasik yang menyerlahkan karakter bersih dan futuristik.
  4. Graphite Silver – Tona kelabu perak yang moden dan sofistikated, sesuai untuk gaya profesional.
  5. Slate Grey – Warna gelap yang tegas dan premium, menonjolkan aura elegan dan sporty.
@protonemasofficial

Nampak tak semua? Inilah Proton e.MAS 5 – EV mampu milik pertama di Malaysia! ⚡🇲🇾 Rekaannya memang bergaya, dan yang paling penting, harganya benar-benar dalam kategori mampu milik. Saya sudah tidak sabar untuk lihat kereta ini menawan jalan raya seluruh Malaysia. Warna apakah rasa rasanya paling sesuai untuk Proton EV ini? eMAS5FirstAffordableEV eMAS5OpenforBooking PROTONeMAS PROTONeMAS5 OwnYourSpace

♬ original sound – Proton e.MAS Cars – Proton e.MAS Cars

Warna Dalaman (Interior)

  1. Alabaster White – Hanya tersedia bersama warna luaran Marble Cream dan Quartz Rose, memberi ruang dalaman yang cerah dan mewah.
  2. Flint Grey – Dipadankan dengan Moonstone White, Graphite Silver dan Slate Grey, menawarkan suasana kabin yang moden, eksklusif dan kontemporari.

Gabungan lima pilihan warna luar dan dua tema dalaman ini membolehkan pembeli memilih kombinasi yang sesuai dengan gaya hidup serta aura peribadi mereka.

image is not available

Spesifikasi Proton e.MAS 5

image is not available
Crystal Gear Selector
image is not available
Two-tone Leatherette Steering Wheel
image is not available
28L Underseat Storage Compartment
image is not available
70L Frunk
image is not available
Pneumatic Rods
image is not available
Powered Tailgate
image is not available
Rear Multi-Link Independent Suspension
image is not available
Rear-Wheel Drive
image is not available
Integrated Live Charging Map
image is not available
Voice Command in English and Malay
image is not available
20L Under Console Storage
image is not available
Do Charging 30% – 80% in 21 Minutes
image is not available
36.9 m Braking Distance from 100km/h to 0km/h
image is not available
4.95m Turning Radius
image is not available
Automotive Grade Chip
image is not available
32 Storage Compartments
image is not available
11-in-1 Electric Motor
image is not available
CATL LFP Battery
image is not available
14.6-inch FHD Display Head Unit
image is not available
High Density 185Wh/kg Battery Cell

image is not available
image is not available

Tempahan & Test Drive Proton e.MAS 5

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan di laman webb rasmi Proton di https://emas.proton.com/ ATAU melalui Aplikasi Rasmi Proton e.MAS

image is not available

Kredit gambar: Proton

Baca juga: