Lebih 50,000 banjiri Festival Perodua vs Proton 4.0

LocalCars
11 Aug 2026 • 2:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 50,000 banjiri Festival Perodua vs Proton 4.0

SERDANG – Festival automotif Perodua vs Proton 2026 Edisi 4.0 mencatat sambutan luar jangkaan apabila lebih 50,000 pengunjung membanjiri Parkir 1A, Tapak Pameran Agro Malaysia Serdang (MAEPS) di sini sepanjang dua hari penganjuran yang berakhir kelmarin.

Pengarah Program Bersama, Muhammad Syamim Zulkifli dan Shah Affendi berkata, jumlah kehadiran itu membuktikan komuniti pemilik Perodua dan Proton masih mempunyai minat tinggi terhadap dunia automotif tempatan.

Menurut mereka, pada hari pertama, festival tersebut menghimpunkan antara 5,000 hingga 7,000 kenderaan dengan jumlah pengunjung dianggarkan sekitar 15,000 orang.

“Alhamdulillah, sambutan tahun ini lebih meriah daripada sasaran kami. Terima kasih kepada semua komuniti Perodua dan Proton yang memberikan sokongan sangat memberangsangkan,” kata mereka.

Sambutan semakin hangat pada hari kedua apabila kira-kira 10,000 kenderaan hadir bersama lebih 35,000 pengunjung, sekali gus menjadikan edisi keempat itu antara penganjuran paling meriah sejak festival berkenaan diperkenalkan empat tahun lalu.

Festival selama dua hari itu menghimpunkan pemilik kenderaan, peminat automotif dan komuniti modifikasi dari seluruh negara menerusi pelbagai konsep serta gaya ubah suai kenderaan.

Antara tarikan utama ialah pertandingan mencari jentera dengan modifikasi paling cantik dan ‘gempak’, selain memberi peluang kepada peserta mengetengahkan kreativiti masing-masing menerusi pelbagai konsep.

menurut mereka, penganjuran tersebut turut memberi impak positif terhadap perkembangan komuniti permotoran tempatan dengan menyediakan platform rasmi bagi menghidupkan semula ‘scene’ automotif.

Nilai keseluruhan hadiah bagi edisi tahun ini mencecah kira-kira RM50,000 menerusi gabungan wang tunai dan barangan.

The post Lebih 50,000 banjiri Festival Perodua vs Proton 4.0 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved