Lebih 50,000 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Kanada

WorldHealth & Fitness
31 Jan 2023 • 10:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

OTTAWA: Jumlah jangkitan Covid-19 di Kanada melonjak kepada 4,550,256 kes manakala kematian sebanyak 50,380 direkodkan setakat 21 Jan, menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada (PHAC) pada Isnin.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada dan kerajaan akan melaksanakan tindakan terbaik untuk mengehadkan penyebaran virus serta mengurangkan impaknya terhadap masyarakat.

Covid-19 kekal sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan antarabangsa dan Kanada akan terus memantau situasi Covid-19, menurut PHAC.

PHAC memaklumkan bahawa Kanada akan terus menyumbang dan menilai epidemiologi global Covid-19, termasuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk meningkatkan kapasiti penjujukan genom virus itu.

Memandangkan angka jangkitan Covid-19 dan kadar kemasukan ke hospital terus meningkat, pencegahan termasuk pemberian vaksin Covid-19 dan amalan perlindungan peribadi, kekal menjadi pendekatan terbaik dalam mengurangkan risiko jangkitan teruk dan mengehadkan beban pada sistem kesihatan, menurut PHAC. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved