
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan lebih 57,000 pendatang tanpa izin atas pelbagai kesalahan serta mendakwa 1,720 majikan di bawah Akta Imigresen menerusi 9,700 operasi di seluruh negara.
Operasi berkenaan dilaksanakan dari 1 Januari hingga 17 September 2026, dengan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM Datuk Lokman Effendi Ramli memaklumkan secara kumulatif, pihaknya menjalankan kira-kira tiga operasi melibatkan warga asing setiap dua jam.
Majikan Turut Dikenakan Tindakan
Lokman Effendi berkata tindakan penguatkuasaan bukan hanya tertumpu kepada pendatang tanpa izin, malah turut melibatkan majikan yang melanggar peraturan dan undang-undang imigresen.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehadiran warga asing supaya membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa dan tidak mengambil tindakan sendiri.
Maklumat yang lengkap diperlukan bagi membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan serta tindakan sewajarnya.
19 Warga Asing Ditahan di Terengganu
Dalam Operasi Bersepadu Mega di Rumah Pangsa Sri Kolam, Terengganu, JIM menahan 19 warga asing daripada 133 individu yang diperiksa.
Operasi bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu itu melibatkan seorang warga Bangladesh, 14 warga Myanmar dan empat warga Indonesia berusia antara sebulan hingga 50 tahun.
Menurut Lokman Effendi, tujuh wanita warga Myanmar termasuk ibu kepada seorang bayi dipercayai baru memasuki Malaysia melalui ejen tidak sah untuk bersama suami masing-masing yang berada di negara ini.
Antara kesalahan yang dikesan termasuk penyalahgunaan pas atau permit, tinggal lebih masa serta tidak memiliki dokumen sah.
JIM turut mengesan sebuah kediaman pasangan suami isteri warga Myanmar yang dipercayai digunakan sebagai kedai runcit.
HUSTLE24HOUR kini dibuka!
Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.
👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM
HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.






