
PUTRAJAYA – Beberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum bagi menuntut bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad melepaskan semua jawatan politik susulan terlibat tangkapan khalwat baru-baru ini.
Pada masa yang sama, himpunan NGO itu turut menuntut pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berhenti membuat dakwaan dan tuduhan tanpa bukti kukuh yang berpotensi menjadi hipokrasi.
Antara pertubuhan NGO terlibat perhimpunan itu ialah Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat, Anak Muda Negara, Bangkit Nasional, Yayasan Masih Ada Yang Sayang dan Pertubuhan Demi Bangsa Negara.
Menurut jurucakal gabungan NGO itu, Faizan Mohd. Nor, himpunan tersebut bertujuan memberi tekanan kepada Nik Nazmi supaya mengambil tanggungjawab serius susulan kes khalwat dihadapi beliau.
“Direhatkan selama tiga bulan oleh parti yang mana diterajui oleh Rafizi adalah satu tindakan lemah dan memberi gambaran salah kepada pemimpin masa depan,” katanya.
Mengulas lanjut, Faizan berkata, politik Malaysia berisiko berdepan kekecohan sekiranya mempunyai pemimpin yang genar menimbulkan isu tanpda ada asas atau bukti kukuh. – KOSMO! ONLINE
The post Gabungan NGO tuntut Nik Nazmi berundur, Rafizi henti hipokrasi appeared first on Kosmo Online.





