Lebih 50 Tahun Beoperasi, Rupanya Restoran Terkenal Di Kelantan Ini Tiada Sijil Halal Sah

LocalFood
20 Nov 2024 • 2:29 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Astro Awani, sebuah restoran di Kelantan dikenali ramai yang sudah beroperasi untuk separud abad telah dikompaun susulan menggunakan logo halal tidak sah.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan iaitu Azman Ismail, tindakan itu diambil selepas pihaknya melakukan pemeriksaan pada jam 12.30 tengah hari di restoran itu bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan.

image is not available

Katanya, premis terkenal itu meletakkan logo halal tanpa ada sijil sah yang sama sekali menyelahi Perintah 8 (a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Hasil semakan juga mendapati premis itu pernah memohon sijil halal pada 2011, namun tidak diluluskan.

Difahamkan, jika disabitkan kesalahan bagi pertubuhan perbadanan, pihak mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya adalah tidak lebih RM500,000.

image is not available

Jika pesalah bukan pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

image is not available 22 hours ago

"Ciputnya Daging, Sedih Tengok.." - Sebelum Ini Maggi Malam RM15 Dipertikai, Kali Ini Nachos RM15 Pula Jadi Bualan Ramai