Lebih 500,000 pengundi keluar mengundi setakat 3 petang

LocalPolitics
1 Aug 2026 • 3:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 500,000 pengundi keluar mengundi setakat 3 petang

SEREMBAN: Seramai 507,536 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 setakat pukul 3 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah itu mewakili 59.03 peratus daripada keseluruhan 859,760 pengundi berdaftar di negeri ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota merekodkan peratus keluar mengundi tertinggi iaitu 65.5 peratus, diikuti Seri Menanti (64.6 peratus) dan Chennah (64.5 peratus).

Sebaliknya, DUN Lobak mencatatkan peratus keluar mengundi terendah iaitu 51.3 peratus, diikuti Mambau (52.8 peratus) dan Lukut (52.9 peratus).

Sebagai perbandingan, pada PRN Negeri Sembilan Ke-15 pada 2023, peratus keluar mengundi setakat pukul 3 petang ialah 56.05 peratus dengan seramai 469,788 daripada keseluruhan 838,200 pengundi telah keluar mengundi. – UTUSAN

The post Lebih 500,000 pengundi keluar mengundi setakat 3 petang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved