Lebih 6 Juta Sokong Petisyen 'Singkir' Argentina Dari Piala Dunia 2026

FootballSports
15 Jul 2026 • 11:18 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lebih 6 Juta Sokong Petisyen 'Singkir' Argentina Dari Piala Dunia 2026

Lebih 6 Juta Sokong Petisyen 'Singkir' Argentina Dari Piala Dunia 2026

Isu kontroversi melibatkan Argentina pada Piala Dunia 2026 mencetuskan perhatian apabila satu petisyen dalam talian yang menggesa FIFA menyingkirkan juara bertahan itu daripada kejohanan berkenaan berjaya mengumpul lebih 6 juta tandatangan.

Petisyen yang dimuat naik menerusi laman argentinaout.com itu mendakwa Argentina menerima layanan istimewa daripada FIFA serta pegawai pengadil sepanjang kejohanan, sekali gus mencetuskan dakwaan wujudnya ketidakadilan dalam saingan tersebut.

Walaupun membawa nama Argentina dan Piala Dunia, laman berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan rasmi dengan FIFA atau mana-mana persatuan bola sepak kebangsaan.

Dalam kenyataan di laman tersebut, pengendali petisyen mendakwa keputusan perlawanan memberi kelebihan kepada Lionel Messi dan rakan sepasukannya, selain mempersoalkan kewajaran pasukan lain meneruskan persaingan jika keputusan kejohanan dikatakan sudah ditentukan.

“Jelas FIFA dan pengadil berat sebelah terhadap Lionel Messi dan Argentina. Mengapa seluruh dunia perlu bersaing jika pemenang sudah ditentukan?

Baca juga:

"Singkirkan Argentina daripada Piala Dunia dan berikan peluang yang adil kepada semua pasukan lain,” menurut kenyataan itu.

Sehingga jam 7 malam pada 14 Julai, petisyen tersebut dilaporkan telah mengumpul lebih 6 juta tandatangan.

Bagaimanapun, kesahihan serta ketelusan laman berkenaan tidak diiktiraf, manakala petisyen itu tidak mempunyai sebarang kuasa undang-undang.

FIFA kekal sebagai badan tunggal yang mempunyai bidang kuasa dalam menentukan penyertaan sesebuah pasukan dalam Piala Dunia.

Argentina juga kekal dijadualkan menentang England pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 di Atlanta pada 16 Julai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved