Lebih 60 Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Ethiopia

30 Dec 2024 • 4:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lebih 60 Maut Dalam Nahas Jalan Raya Di Ethiopia

ADDIS ABABA, 30 Dis (Bernama) — Lebih 60 orang maut pada Ahad dalam satu kemalangan jalan raya di wilayah Sidama, selatan Ethiopia, apabila sebuah lori yang membawa penumpang terjunam ke dalam Sungai Galana semasa melintasi sebuah jambatan, menurut pejabat komunikasi wilayah itu, lapor agensi berita Xinhua.

Mangsa yang terselamat kini dirawat di hospital berhampiran.

Keadaan jalan raya yang buruk, pemanduan berbahaya, sistem pemberian lesen yang lemah, dan penguatkuasaan peraturan keselamatan yang longgar antara punca utama berlakunya kemalangan.

Sumber: BERNAMA