
RANAU: Lebih 70 peserta dari 13 kampung sekitar Ranau dan Kundasang menyertai Pertandingan Melastik Peringkat Tertutup Kundasang yang diadakan di Lapang Sasar Kg Semuruh baru-baru ini.
Hadir merasmikan majlis perasmian pertandingan itu ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, bersama delegasi pegawai dan kakitangan Pejabat Parlimen Ranau.
AdvertisementJonathan dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Penganjur, Dickson Sani dan juga belia di Kg Semuruh kerana telah merancang dan mengadakan pertandingan tersebut di kampung itu.
Pertandingan Melastik Siri 1 yang diadakan di Dewan Mini Kg Semuruh Ranau melibatkan empat kategori iaitu lelaki, wanita, kanak-kanak dan terbuka.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Menurut Jonathan, ini merupakan sukan yang popular di daerah Ranau ketika ini, malah ia menjadi sukan yang semakin popular di peringkat lebih tinggi dengan melibatkan penyertaan pelbagai peringkat termasuk wanita dan kanak-kanak.
“Ini sukan yang bagus, kerana ia mudah dimainkan dan tidak melibatkan kos yang tinggi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami berharap dengan adanya aktiviti seperti pertandingan melastik ini di kampung-kampung juga dapat mengelak golongan muda terjebak dengan aktiviti tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan sebagainya.
“Oleh kerana di Ranau kita mempunyai rekod buruk di mana ramai belia terjebak dengan masalah dadah, jadi kita harapkan banyak lagi aktiviti sukan proaktif yang dapat mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambahnya, di peringkat antarabangsa, acara pertandingan melastik juga sebenarnya menawarkan hadiah menarik, malah ia telah mendapat tempat di hati peminat serta peminat e-sukan.
“Justeru, kami menjemput sesiapa yang berminat dengan acara sukan ini untuk menyertai mana-mana pertandingan sukan anjal yang dianjurkan di semua peringkat.
“Di Ranau, kita amat mengalu-alukan penyertaan dalam kalangan penduduk di sini kerana ia juga dapat mengharumkan nama Daerah Ranau, Sabah dan Malaysia di peringkat lebih tinggi.
“Terima kasih kepada belia dan juga AJK Penganjur majlis ini dan tidak lupa juga kepada penaja yang banyak membantu menjayakan program ini,” katanya.
Jonathan berharap saingan kali ini akan berjalan lancar dengan semangat kesukanan yang tinggi, diiringi dengan kualiti permainan yang terbaik.
“Cuma jika anda mahir dalam melastik, jangan gunakan kehebatan anda untuk melastik haiwan ternakan seperti ayam di kampung bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” nasihatnya.
