Lebih 700 mangsa banjir di dua negeri masih berada di PPS

5 Feb 2023 • 5:35 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Seramai 757 mangsa banjir di Johor dan Sabah masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini.

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan mangsa banjir di enam PPS berkurangan kepada 623 orang, berbanding 670 orang pada 8 pagi tadi.

Batu Pahat yang mengalami banjir termenung merekodkan 597 mangsa daripada 165 keluarga di lima PPS, manakala 26 orang daripada sembilan keluarga berada di sebuah PPS di Segamat.

Sungai Bekok di Batu Pahat masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.92 meter.

Di Sabah, Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 134 orang daripada 40 keluarga yang dipindahkan ke satu PPS di daerah Beaufort. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved