Ruang Tamu Rumah Terbakar, OKU Warga Emas Cedera

5 Feb 2023 • 5:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa, iaitu seorang lelaki OKU berusia 66 tahun dan melakukan overhaul bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas yang juga orang kelainan upaya (OKU) berdepan detik cemas apabila ruang tamu rumahnya terbakar di Jalan Bendahara 20, Sentosa Utama, Klang, Selangor hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang itu, mangsa Quek Chang Kang, 66, berada bersendirian di rumah ketika kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kebakaran melibatkan sofa di ruang tamu kediaman tersebut, namun berjaya dipadamkan orang awam.

“Sebaik tiba di lokasi, pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa, iaitu seorang lelaki OKU berusia 66 tahun dan melakukan overhaul bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan di muka dan lengan, namun keadaannya stabil,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut oleh ahli keluarganya.

Menurutnya, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kerosakan terhadap struktur bangunan kediaman jenis pangsapuri itu, tetapi pemantauan tetap akan dilaksanakan supaya keselamatan penduduk terjamin. - Getaran, 5 Februari 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved