
KOTA MARUDU: Lebih 700 orang yang terdiri daripada masyarakat di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) telah menyertai dan mendapat manfaat daripada program sosioekonomi Esscom sejak 2020 hingga 2023.
Program anjuran Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tersebut meneruskan inisiatif membantu menaik taraf sosioekonomi seramai 60 orang lagi golongan sasar melalui penganjuran program sama di sini, baru-baru ini.
Program yang bermula dari 30 Oktober hingga 3 November itu mendapat kerjasama Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) sebagai penyedia latihan untuk tiga kursus yang ditawarkan iaitu Kursus Kulinari, Kursus Menjahit dan Kursus Membaiki Telefon Bimbit.


