Wujud Sejak 500 Tahun Dulu, Ketahui Sejarah Dan Asal Usul Kota Marudu Di Sabah

29 Oct 2023 • 9:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Asal usul nama Marudu

Wujud Sejak 500 Tahun Dulu, Ketahui Sejarah Dan Asal Usul Kota Marudu Di Sabah. Kota Marudu terletak di utara Sabah. Perkataan “Marudu”, juga dikenali sebagai “Maludu”, telah wujud dalam Peta Dunia sejak abad ke-14, kira-kira 500 tahun yang lalu, sezaman dengan Melaka. Marudu adalah salah satu nama tertua di Borneo dan merupakan nama daerah atau wilayah tertua di Sabah yang tercatat dalam sejarah.

Namun, banyak orang tidak mengetahui sejarah ini. Walaupun ada yang percaya nama “Bandau” lebih tua daripada “Marudu”, namun tiada bukti sejarah atau arkeologi yang menyokong kenyataan ini.

image is not available
Wujud Sejak 500 Tahun Dulu, Ketahui Sejarah Dan Asal Usul Kota Marudu Di Sabah. Kredit: Google

Perkataan “Marudu” dikatakan berasal dari bahasa Momogun Rungus ‘Sindaat Mogkorudu’, yang bermaksud ‘meratap atas kematian’.

Namun, ada versi lain yang menyatakan ia berasal dari bahasa Balanini, dari perkataan ‘Mairudu’ atau ‘Maiuludu’, yang bermaksud ‘suatu kedudukan di situ juga’. Orang-orang Balanini yang tinggal di sini menjalankan kegiatan menangkap ikan dan perdagangan di perairan Marudu.

Dalam sejarah, penulis-penulis Barat sering merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo, atau Maludu. Ada yang mendakwa nama “Bandau” lebih awal digunakan daripada “Marudu”, tetapi ini adalah dakwaan yang tidak benar dan sengaja diada-adakan. Tidak ada catatan sejarah atau bukti arkeologi yang membenarkan kewujudan nama “Bandau”.

image is not available

Kota Marudu memiliki sejarah perdagangan yang panjang dengan China, Arab, dan India. Bukti arkeologi seperti tembikar dan kapal dagang dari Dinasti Song telah ditemui di Sampang Mangayau, Kudat, yang terletak di perairan Teluk Marudu. Serpihan pinggan mangkuk dari Dinasti Ming juga ditemui di beberapa kawasan di Kota Marudu.

image is not available

Pada abad ke-18 dan ke-19, Marudu menjadi pusat penting di Borneo Utara dan diakui oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Namun, ketika British menguasai North Borneo, nama Marudu menjadi kurang penting berbanding Kudat. Namun, pada tahun 1970-an, nama Marudu dihidupkan semula untuk merujuk pusat pentadbiran daerah.

Kini, Kota Marudu adalah sebuah daerah penuh di Sabah dengan Pejabat Daerahnya terletak di Pekan Baru Kota Marudu.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/sejarah-konflik-pulau-layang-layang-sabah/

https://www.iloveborneo.my/mangga-gatal-asal-usul-nama-dan-sejarah-menggatal/