
SANDAKAN: Suasana penuh semangat mewarnai perkarangan Astaka SM Sung Siew (CF) apabila lebih 700 peserta menyertai Onward Sung Siew Run 2025, sempena sambutan ulang tahun ke-118 Sekolah Menengah Sung Siew, Sabtu.
Larian amal ini menyaksikan penyertaan pelajar, guru, ibu bapa, alumni serta komuniti setempat.
Objektif utama larian ini adalah untuk mengumpul dana bagi menaik taraf makmal komputer sekolah serta menyokong usaha relokasi ke bangunan baharu.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Inisiatif ini juga bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dan memperkukuh semangat kerjasama komuniti.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Menengah Sung Siew Sandakan, Vun Soon Chong dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Walter Kenson serta pemimpin setempat.
