Lebih 8,000 kanak-kanak di Gaza kurang zat makanan, 28 kematian

13 Jun 2024 • 3:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

AMMAN, 13 JUN: Lebih 8,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Semenanjung Gaza telah dirawat kerana kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut, termasuk 1,600 dengan kes teruk yang membawa kepada 28 kematian, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Semasa sidang media di Geneva pada Rabu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menjelaskan bahawa sebahagian besar penduduk Semenanjung Gaza, yang terjejas teruk akibat konflik dengan Israel, sedang menghadapi tahap kekurangan makanan yang amat kritikal dan keadaan hampir kebuluran.

Beliau menegaskan bahawa walaupun terdapat maklumat yang menunjukkan peningkatan dalam penghantaran makanan, pada masa ini tiada bukti bahawa mereka yang paling memerlukan menerima makanan dalam kuantiti yang mencukupi dan berkualiti.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas setakat ini mengakibatkan lebih 37,000 rakyat Palestin terkorban.

— BERNAMA-PETRA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved