Lebih 8,600 rakyat Korea Selatan cecah usia 100 tahun

WorldHealth & Fitness
15 Sep 2026 • 6:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 8,600 rakyat Korea Selatan cecah usia 100 tahun

SEOUL: Penduduk Korea Selatan berusia 100 tahun ke atas melebihi 8,600 orang tahun lalu, meningkat 2.7 kali ganda dalam tempoh sedekad.

Wanita membentuk lebih 80 peratus daripada jumlah warga emas berusia 100 tahun ke atas itu, manakala wilayah Jeolla Selatan dan Pulau Jeju mencatatkan jumlah tertinggi berbanding jumlah penduduk masing-masing.

Mereka yang berusia 100 tahun ke atas itu menyifatkan amalan pemakanan secara terkawal sebagai rahsia utama untuk hidup panjang umur.

Tujuh daripada setiap 10 individu dalam golongan itu yang tinggal di rumah pula berkata mereka tidak bercadang berpindah ke pusat penjagaan jangka panjang walaupun kesihatan mereka merosot atau memerlukan penjagaan.

Menurut Kementerian Data dan Statistik, jumlah penduduk berusia 100 tahun ke atas mencapai 8,604 orang setakat November 2025, meningkat sebanyak 5,445 orang atau 172.4 peratus berbanding 3,159 orang pada 2015.

Berdasarkan jumlah penduduk keseluruhan, bilangan individu berusia 100 tahun ke atas bagi setiap 100,000 penduduk meningkat 2.7 kali ganda daripada 6.4 orang pada 2015 kepada 17.3 orang tahun lalu.

Golongan wanita merangkumi 7,176 orang atau 83.4 peratus daripada jumlah itu, manakala lelaki seramai 1,428 orang atau 16.6 peratus.- AGENSI

The post Lebih 8,600 rakyat Korea Selatan cecah usia 100 tahun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved