Lebih 9,000kg sisa pepejal dikutip sempena Hari Cuci di Beaufort

LocalEnvironment
4 Oct 2024 • 4:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

BEAUFORT: Majlis Daerahmengumpul 9,930.85 kilogram sisa pepejal semasa program Hari Cuci Malaysia peringkat daerah, Sabtu lepas.

Program ini dijalankan serentak di seluruh negara sempena sambutan Hari Pembersihan Pantai Antarabangsa (ICC) dan Hari Pembersihan Sedunia (WCD).

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Mohd Ainol Mohd Dun, berkata aktiviti yang dijalankan termasuk membersihkan Dewan Terbuka Taman Sri Panglima dan Pasar Umum Beaufort serta mengumpul minyak masak terpakai dan sisa elektronik.

“Selain itu, pengagihan pakaian terpakai juga diadakan di Pekan Weston,” katanya.

SPONSORED CONTENT The Logg Luyang Honored with Integrated Development Excellence Award at SHAREDA 2024 Kota Kinabalu: Kota Kinabalu, 30th September 2024 – The Logg, a premier development by K.T.I Sdn Bhd, a wholly owned subsidiary of KTI Landmark Berhad., has been awarded the prestigious Integrated Development Excellence Award at the 2024 SHAREDA (Sabah Housing and Real Estate Developers Association) event. Read more “Ramai pihak telah menyedari kepentingan program ini, dan mereka yakin apa yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama dan manfaat masyarakat.”

Hari Cuci Malaysia 2024 bertujuan untuk menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti membersihkan kawasan persekitaran, memupuk amalan membersihkan kawasan persekitaran dan perumahan masing-masing.

“Ini penting dalam mencegah penularan penyakit, mencegah pembiakan haiwan yang boleh mengakibatkan kacau ganggu dan mewujudkan keharmonian dalam kawasan kejiranan,” tambah Ainol.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.