Lebih 900 Trak Bantuan Kemanusiaan Masuk Gaza Lepas 2 Hari Gencatan Senjata

Entertainment
21 Jan 2025 • 12:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lebih daripada 900 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza semalam, melebihi sasaran harian yang ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

Pejabat Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa bantuan kemanusiaan itu terus bergerak ke Semenanjung Gaza sebagai sebahagian lonjakan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa yang terselamat.

“Sebanyak 915 trak menyeberang ke Gaza, menurut maklumat yang diterima melalui penglibatan pihak berkuasa Israel dan penjamin untuk perjanjian gencatan senjata.”

image is not available

Sepanjang konflik di Gaza, PBB telah mengecam halangan yang menyekat aliran dan pengagihan bantuan ke wilayah Palestin yang dilanda bencana.

Difahamkan, sebanyak 630 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dilapor telah memasuki Gaza pada hari pertama gencatan senjata mula berkuatkuasa.

Gencatan senjata selama 42 hari antara Israel dan Hamas bertujuan untuk membolehkan bantuan masuk ke Gaza selepas 15 bulan berdepan perang. Perjanjian gencatan senjata memerlukan 600 trak untuk menyeberang ke Gaza setiap hari.

Sumber : Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.