Lebih 95 Juta Perkongsian Diterbitkan Di Threads Dalam Masa Kurang 24 Jam

TechnologyDigital
7 Jul 2023 • 7:09 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Threads merupakan aplikasi baharu Meta yang dipautkan kepada Instagram. Sejak dilancarkan semalam, ia mencatatkan beberapa rekod menarik, dan telah mencapai lebih 30 juta pengguna berdaftar dalam beberapa jam sahaja.

image is not available

Malah, melalui perkongsian TheVerge, ia dilihat Threads turut mencatatkan lebih 95 juta perkongsian (bebenang?) dalam masa kurang 24 jam sejak ia dilancarkan. Ia juga turut mencatatkan sekitar 190 juta “Likes” sejak diperkenalkan.

Menariknya, angka ini semua dicatatkan dalam masa kurang 24 jam, dan tidak mustahil kita melihat ia terus mekar dari hari ke hari.

Buat masa ini, Threads masih pada peringkat awal, dan Meta sendiri sedia menjanjikan sejumlah ciri-ciri pada platform berkenaan yang dinantikan pengguna – termasuk untuk melihat perkongsian dari rakan-rakan yang kita ikuti sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved