Twitter Hantar Surat Saman Kepada Meta Susulan Pelancaran Threads

Technology
7 Jul 2023 • 11:39 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, Facebook Meta telah melancarkan aplikasi Threads yang secara langsung telah memberi saingan kepada Twitter dimana lebih 10 juta pendaftaran dalam tempoh beberapa jam.

Namun begitu, pelancaran aplikasi tersebut telah membuatkan Twitter mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Meta Platforms.

Difahamkan, surat saman dihantar oleh peguam lantikan Twitter, Alex Spiro kepada Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg.

image is not available

Tindakan itu diambil susulan Spiro mendakwa Meta telah mengupah bekas kakitangan Twitter yang memiliki akses kepada rahsia perniagaan aplikasi media sosial tersebut.

Bukan itu sahaja, Meta turut digesa untuk berhenti menggunakan apa-apa rahsia berkaitan dengan perniagaan Twitter atau maklumat operasi bagi menjaga hak harta intelek.

image is not available

Pun begitu, Andy Stone yang merupakan jurucakap Meta menafikan tiada mana-mana kakitangan kejuruteraan Meta yang pernah bekerja di Twitter.

Sekadar info, aplikasi Threads telah dilancarkan oleh pengasas Meta iaitu Zuckerberg pada Rabu lalu dan telah berjaya meraih lebih 30 juta pengguna yang secara tidak langsung telah memberi ancaman kepada Twitter.

image is not available

image is not available

Sumber: Astro Awani