“Lebih baik jadi single” – Lelaki Dedah ‘Kos’ Setahun Bercinta RM4,610 Raih Perhatian Netizen

Entertainment
26 Oct 2023 • 2:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki baru-baru berkongsi ‘kos’ bercinta sebagai nasihat kepada mereka yang sedang atau ingin mencari pasangan. Mana tidaknya, lelaki tersebut mendedahkan dia berbelanja sekitar RM4,610 untuk teman wanitanya hanya selepas setahun bercinta.

Perkongsian yang ditulis di sebuah group Facebook berkenaan turut disertakan dengan tangkap layar yang menyatakan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh dia dan pasangan.

Menerusi perkongsian tersebut, lelaki berkenaan menyatakan sekiranya mereka tidak keluar dan hanya menghabiskan masa di rumah, ia semestinya lebih menjimatkan.

image is not available

Namun disebabkan mereka baru sahaja menjalinkan hubungan, ianya tidak sesuai dan mereka bersetuju untuk keluar dan bertemu sekali dalam seminggu.

Seperti kebiasaan pasangan bercinta, mereka lebih gemar untuk keluar makan malam dan disusuli dengan memakan pencuci mulut dan mereka hanya akan melakukan aktiviti lain seperti menonton wayang dan lain-lain pada minggu keempat sahaja.

Tambah lelaki berkenaan, kebiasaannya dia akan membayar ketika makan malam dan teman wanitanya akan membayar untuk pencuci mulut serta aktiviti yang mereka lakukan.

Selain itu, menurutnya lagi, perbelanjaan mereka semestinya akan meningkat sekiranya ada cuti umum dalam bulan tertentu dan segala aktiviti yang dilakukan ketika cuti tersebut ditanggung olehnya.

Menurutnya, perkongsian tersebut bukanlah ditujukan pada sesiapa, namun ia lebih kepada nasihat kepada mereka yang tidak melihat ‘sisi lain’ dalam percintaan.

image is not available

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi lelaki tersebut, setiap bulan dia akan berbelanja RM280 dan nilai tersebut akan meningkat kepada RM530 sekiranya ada cuti-cuti tertentu.

Perbelanjaan ini termasuklah hadiah kejutan yang diberikan kepada teman wanitanya sekiranya ada sambutan sesuatu yang istimewa di bulan tersebut.

Ada antara netizen yang melabelkan lelaki tersebut sebagai ‘kedekut’ gara-gara dia menyenaraikan segala perbelanjaan yang dikeluarkan semasa perhubungunnya.

Dalam masa yang sama, ramai juga berpendapat bahawa kos tersebut adalah “okay” dan tidak kurang juga ada yang mengatakan ianya tidaklah terlalu tinggi.

Sumber : Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article