
Shah Alam, 30 Ogos 2025 – MotorManiac, jenama sukan permotoran dan gaya hidup milik Bateriku, bakal menganjurkan Acara Tahunan ke-4 pada Sabtu, 6 September 2025 di Rooftop MyTown, Kuala Lumpur, dengan sasaran lebih 30,000 pengunjung dalam sehari.
Menampilkan lebih 600 kereta modifikasi daripada pelbagai kategori – tempatan, JDM, Continental dan Supercar – acara kali ini menjanjikan pengalaman unik berlatarkan panorama senja hingga tengah malam Kuala Lumpur.
Program sehari penuh akan merangkumi:
- Pertandingan utama: King of Maniac Challenge, ASTRA Cup: 2 Step Competition, Car Limbo Contest.
- Tarikan lain: Mini Diecast Expo, konsert hip-hop rooftop bersama ALYPH, EEMRUN, Dann N Qrack dan 53 Universe.
- Cabutan Bertuah: Hadiah utama motosikal elektrik EV Bike daripada GGR Motors.

Edisi 2025 turut memperkenalkan ASTRA Cup, sebuah trofi berprestij yang akan mencatat nama juara setiap tahun. Acara ini juga meluaskan jangkauan ke pentas antarabangsa dengan penglibatan rakan media global dari UK, Australia dan Jepun.
Pengasas MotorManiac, Mikhail Faizi (Mike) menegaskan, “MotorManiac kini lebih daripada sekadar perjumpaan kereta. Ia sebuah festival budaya, gaya hidup dan komuniti yang menyatukan kuasa kuda dengan kreativiti.”
Tiket masuk: RM20 (umum), percuma untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan golongan OKU.
⏰ 10 pagi – 12 tengah malam | Rooftop MyTown, Kuala Lumpur
Tiket boleh dibeli secara dalam talian di Rakanbateriku atau secara walk-in pada hari acara 6 September nanti.























The post Lebih Besar, Lebih Hebat, Lebih Berani: MotorManiac Annual Ke-4 Sedia Gegar Kuala Lumpur appeared first on TW Media.




