“Dark Side Of Him…” – Akaun Kedua Khairul Aming Curi Tumpuan Netizen, Tampilkan Sisi ‘Berbeza’ Dan Santai

EntertainmentLifestyle
10 Apr 2025 • 1:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Akaun Instagram kedua milik usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming, iaitu @khairulamingtoo kini menjadi tumpuan ramai apabila memaparkan sisi berbeza dirinya yang lebih santai dan menghiburkan.

Berbeza dengan akaun utama yang lebih formal dan berkisar tentang perniagaan serta resepi masakan, akaun ini menampilkan pelbagai kandungan ‘random’ dan kelakar, sekaligus menunjukkan sisi peribadi KA yang lebih bersahaja.

Rata-rata netizen di ruangan komen mengakui terhibur dengan kandungan tersebut, malah ada yang menyifatkan ia sebagai satu kelainan yang menyegarkan daripada figura yang sinonim dengan dunia masakan dan keusahawanan.

Beberapa netizen meninggalkan komen lucu, antaranya berbunyi, “Ni akaun untuk perangai random KA. Dah rosak ke lepas raya,” dan “Betul la KA cakap akaun ni untuk content random dia tapi tak sangka dia punya random macam ni.”

Seorang lagi pengguna turut berseloroh, “Kenapa random sangat ni ya Allah, stress sebab student tahun ni bukan biashe biashe eh.”

Setakat artikel ini ditulis, akaun Instagram tersebut telah meraih lebih 800,000 pengikut di TikTok, membuktikan bahawa sisi ‘random’ Khairul Aming juga mendapat tempat di hati peminat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Kenapa Kita Selalu Rasa Nak 'Membuang' Bila Masuk Kedai Eco Dan Daiso? Ini Penjelasan Pakar...