Lebih menyerlah, Yeo’s lancarkan semula minuman dengan wajah baharu

Food
24 Oct 2023 • 10:39 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jenama minuman popular, Yeo’s telah melancarkan semula minuman ikonik mereka dengan wajah baharu bagi menyerlahkan lagi kesegarannya.

Yeo’s dengan wajah baharu!

image is not available

Pelancaran ini dijayakan melalui acara ‘Lovingly, Refreshed’ yang meraikan perisa ikonik Yeo’s seperti Teh Krisantimum, Susu Soya, Teh Lemon, Teh Hijau Jasmine dan minuman Laici.

“Yeo’s merupakan nama yang sangat dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami bersedia untuk meluaskan pengaruhnya.
“Generasi muda pasti akan menyedari wajah baharu minuman kami lebih menarik dan lebih menghargai kebaikan minuman kami,” kata Timbalan Pengurus Besar Yeo’s, Malaysia, Lee Hon Seng.

image is not available

Menurut pihak Yeo’s, mereka hanya menggunakan ramuan bergred A yang dibancuh segar sebelum dihidangkan bagi mengekalkan kesegaran.

Menurut Yeo’s, barisan minuman Asia mereka mempunyai rasa ikonik kerana menggunakan bahan yang berkualiti sebelum dihidangkan bagi mengekalkan kesegaran. Minuman Yeo’s Teh Krisantimum sebagai contoh menggunakan bunga Hang Bai Ju yang dikenali sebagai ‘Ratu Bunga’.

image is not available

Mereka menggunakan bunga krisantimum yang sebenar, direneh segar bagi mendapatkan rasa asli kemudian dibancuh kurang gula serta tanpa bahan pengawet.

Begitu juga dengan barisan minuman yang lain seperti Susu Soya yang diperbuat dari bijian soya dari Kanada, dan Teh Hijau Jasmine direneh segar menggunakan daun teh dari tanah tinggi.

Yeo’s komited dalam memastikan minuman mereka berkualiti dan mematuhi prosedur pembuatan yang halal bagi mendapatkan pensijilan halal agar semua orang boleh menikmati minuman tersebut dengan yakin.

image is not available

“Komitmen kami adalah memastikan rasa minuman Yeo’s kekal unik namun mempunyai wajah baharu yang moden disamping menyokong gaya hidup sihat,” kata Pengarah Pemasaran Yeo’s, Malaysia, Renda Low.

Bersama dengan pelancaran itu, Yeo’s juga mengadakan aktiviti interaksi bersama pelanggan selama sembilan hari di tiga lokasi sekitar Kuala Lumpur bermula 6 Oktober dan berakhir pada 16 Oktober lalu.

image is not available

image is not available

Aktiviti itu dijalankan selama tiga hari di setiap lokasi di Sungei Wang, Sunway Pyramid dan The Starhill bagi memberikan pelanggan peluang untuk merasai kesegaran minuman kegemaran mereka yang kini berwajah baharu.

image is not available

image is not available

Sementara itu, Yeo’s juga menganjurkan peraduan eksklusif dengan hadiah menarik seperti Samsung S23 Ultra, 4x Nintendo Switch dan 4x konsol PS5! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Yeo’s di www.newlook.yeos.com.my.