Dari RM9.90 Jadi RM300, Harga Tak Masuk Akal Hot Wheels Proton Saga Naik Angkara ‘Scalpers’

Entertainment
15 Oct 2023 • 12:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, Hot Wheels Malaysia mengumumkan siri baharu Basic Cars mereka iaitu, Hot Wheels Proton Saga. Replika kereta ikonik negara itu walau bagaimanapun bukanlah edisi terhad dan boleh dimiliki oleh pengumpul di mana-mana kedai terpilih seluruh Malaysia dengan harga RM9.90 sahaja.

image is not available

Pun begitu, harga jualan semula kereta itu telah mencecah sehingga RM300. Sebagai contoh, di platform Shopee, ada yang menjualnya pada harga serendah RM60, dan setinggi RM319.99!

image is not available

 

Harga yang melambung ini disebabkan oleh wujudnya scalpers yang mahu mengaut keuntungan atas angin daripada Hot Wheels Proton Saga tersebut. Perlu diingat bahawa model Proton Saga bukanlah edisi terhad namun, harga yang ditetapkan oleh scalper semakin melambung tinggi dan tak masuk akal.

image is not available

Edisi Hot Wheels terbaharu ini direka pada skala 1:64 untuk mengikuti model pertama Proton, Saga 1985. Ia juga bertujuan untuk memberikan penghormatan khas bagi meraikan ulang tahun ke-40 Mattel di Malaysia.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.