Lebih nilai untuk wang dengan ‘Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y.’

Business & Finance
8 Nov 2023 • 6:41 PM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Lebih nilai untuk wang dengan ‘Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y.’

KUALA LUMPUR, 8 NOVEMBER 2023 – Musim akhir tahun sudah tiba, dan rakyat Malaysia di seluruh negara sedang bersiap sedia untuk membeli-belah untuk pergi bercuti. Bagi membantu mereka berjimat besar dan mendapatkan nilai terhebat sebelum akhir tahun, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad, peruncit perkakas rumah kegemaran negara, baru-baru ini melancarkan inisiatif 'Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y.’ sepanjang bulan November.

Inisiatif ini menampilkan 150 produk yang meliputi pelbagai keperluan harian dengan diskaun sehingga 30 peratus. Ia termasuk produk perkakasan seperti kasut keselamatan, playar dan pistol gam panas, serta keperluan rumah seperti alat pembersihan, sabun pencuci, penyembur serangga, botol air, tisu, kain lap basah, beg sampah, pengering pinggan mangkuk, sarung tangan pakai buang, kerajang aluminium, pencuci badan, dan deodoran. Selain itu, barangan elektrik seperti bateri, pengecas bateri, cerek elektrik, pengering rambut dan pembersih vakum, serta soket elektrik yang ada dijual. Peralatan sukan juga ada termasuk tali lompat, set badminton, bulu tangkis, pakaian renang kanak-kanak, kolam renang dan produk F&B seperti snek, mi segera dan minuman turut disertakan.

Mengulas mengenai inisiatif itu, Ketua Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh, menyatakan, “Akhir tahun adalah musim untuk membawa kemeriahan, meraikan pencapaian, dan meluangkan masa bersama orang tersayang semasa cuti. Di MR D.I.Y., kami berhasrat untuk membawa kegembiraan kepada setiap rakyat Malaysia pada akhir tahun ini melalui Jualan Akhir Tahun kami, sambil memastikan ada sesuatu untuk semua, dan mereka boleh mendapatkan apa yang mereka perlukan pada 'Always Low Prices’. Inisiatif ini juga adalah salah satu cara kami meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan kami di samping menawarkan penjimatan yang tiada tandingan kepada mereka. Ini semua tentang menyediakan nilai untuk rakyat Malaysia.”

Goh berkata bahawa peruncit itu juga menawarkan nilai harga hebat untuk produk terpilih, seperti tuala dapur PREMIER (6 pcs) pada harga RM12.90 setiap satu (harga asal: RM14.90), pembersih pelbagai permukaan DETTOL (1.5L + 500ml - Lavender/Lemon) pada harga RM14.90 setiap satu (harga asal: RM18.30), dan soket elektrik 5 meter pada harga RM28.90 setiap satu (harga asal: RM41.00).

Untuk maklumat lanjut tentang 'Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y.’ dan untuk senarai penuh produk diskaun, layari https://www.mrdiy.com/promotion/mrdiy-year-end-sale-2023, atau layari laman web MR D.I.Y., mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, dan saluran media sosialnya Facebook, Instagram, and TikTok.

Image from: Lebih nilai untuk wang dengan ‘Jualan Akhir Tahun MR D.I.Y.’
MR D.I.Y. menawarkan 150 produk dengan potongan sehingga 30 peratus bersempena dengan inisiatif "Jualan Akhir Tahun" sepanjang November ini.

Tentang Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad

Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad adalah sebuah perusahaan tempatan yang memiliki lebih daripada 1,200 cawangan di seluruh Malaysia dan Brunei. Kumpulan ini memiliki empat jenama di bawah tanggungjawabnya - MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY, dan EMTOP. Jenama tempatan ini bertujuan untuk memberikan impak positif kepada komuniti tempatan dengan menawarkan lebih daripada 20,000 keperluan harian dengan "Always Low Prices" melalui platform e-dagangnya, mrdiy.com.my.

Cawangan-cawangan MR D.I.Y. menawarkan pelbagai produk dalam lima kategori utama, iaitu perkakas, peralatan rumah tangga dan perabot, elektrik, alat tulis, dan peralatan sukan, serta produk lain seperti mainan, aksesori kereta, perhiasan, kosmetik, dan makanan dan minuman.

Syarikat ini berusaha meletakkan pelanggan sebagai yang utama dengan operasi model perniagaan yang inovatif dan fleksibel, menawarkan pelbagai produk berkualiti baik yang memberikan nilai yang hebat, dalam format kedai yang menarik. Semua cawangan MR D.I.Y. diuruskan secara langsung, dengan pembekal bekerjasama dengan pemilik premis dan pusat membeli-belah.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., sila layari laman web www.mrdiy.com.