“Lebih Ramai Orang Mengata, Lebih Tambah Pahala Saya” – Anak Nora Ariffin Jawab Kecaman Buka Hijab

LocalEntertainment
15 Sep 2025 • 2:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia dahlia Buka Tudung

Selepas hangat diperkatakan mengenai tindakannya membuka hijab, anak kepada penyanyi terkenal Nora Ariffin iaitu Dahlia kembali mencuri perhatian dengan perkongsian di IG Story miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Dahlia dilihat memuat naik gambar dirinya dengan kapsyen yang seolah-olah ditujukan kepada mereka yang lantang mengkritik keputusannya.

Anak Nora tak takut kecaman netizen

image is not available

Tindakan Dahlia membuka tudung sebelum ini telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Malah, dalam laporan Oh! Media terdahulu, Dahlia menjelaskan bahawa dia sebenarnya sudah bertudung sejak usia enam tahun, namun pemakaian itu lebih kerana kebiasaan dan bukan atas kefahaman mendalam.

image is not available

Dahlia turut menegaskan bahawa keputusannya bukan kerana mahukan kontroversi, sebaliknya ingin lebih memahami agama dengan caranya sendiri.

Katanya lagi, keluarganya termasuk ibu, Nora Ariffin, tetap menyokong asalkan dia terus menjaga solat dan tanggungjawab sebagai Muslim.

Pssttt! Oh! Media rasa isu buka hijab ini memang sensitif dan sentiasa mencuri perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak kepada artis terkenal. Walaupun Dahlia ada hak dalam membuat pilihan, masyarakat tetap berhak memberikan pandangan terutama bila ia melibatkan soal agama.

Kredit: Instagram Dahlia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.