“Pasti Ayah Mu Sangat Sedih Di Barzakh Sana” – Isu Artis Buka Tudung, PU Syed Beri Teguran Pedas

LocalEntertainment
15 Sep 2025 • 11:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia Megat

Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai kenyataan seorang artis yang dikatakan memilih untuk membuka tudung.

Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi ramai termasuk daripada pendakwah, PU Syed yang tampil memberi teguran tegas terhadap isu ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Pusyed menegaskan bahawa trend artis berhijrah kemudian kembali membuka hijab bukanlah sesuatu yang baik untuk ditonjolkan kepada peminat.

Malah, ia disifatkan sebagai satu bentuk kesesatan yang nyata.

PU Syed tegur artis buka tudung untuk jadi ‘diri sendiri’

image is not available

image is not available

Dalam huraian panjangnya, PU Syed menyifatkan istilah “jadi diri sendiri” yang sering digunakan artis untuk mempertahankan keputusan sebegitu hanyalah mainan syaitan yang berjaya membisikkan hasutan kepada seseorang.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan industri hiburan tanah air yang dianggap semakin tenat dengan penganjuran program-program hiburan berlebihan.

image is not available

Acara terkini anak-anak muda perempuan dan lelaki, paling menyedihkan ada ayah yang ‘reda’ anaknya berpakaian ketat sendat, diusung penari lelaki demi persembahan terbaik walaupun semuanya mendatangkan dosa.

PU Syed turut menegur artis-artis berkenaan supaya memikirkan perasaan arwah ibu dan kesedihan ayah yang kini sudah tiada.

Katanya, tindakan membuka tudung bukanlah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi sebaliknya menuju maksiat.

Beliau menutup peringatan itu dengan doa agar Allah memberikan petunjuk dan kekuatan kepada mereka yang diuji supaya terus istiqamah dalam menjalankan perintah-Nya.

Pssttt! Oh! Media rasa isu membuka tudung bukanlah perkara kecil kerana ia melibatkan maruah, agama dan tanggungjawab seorang Muslimah. Semoga mereka yang diuji dengan cabaran sebegini diberikan hidayah dan kembali ke jalan yang diredai.


Kredit: Instagram PU Syed
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.