Lebih ramai pasangan muda sertai program keibubapaan

LocalFamily & Parenting
30 Oct 2026 • 6:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih ramai pasangan muda sertai program keibubapaan

SHAH ALAM – Seramai 584 peserta menyertai enam siri kelas antenatal anjuran Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) tahun ini, sekali gus membuktikan kepentingan pendidikan kehamilan dalam membantu bakal ibu bapa membuat persediaan menyambut kelahiran cahaya mata.

80 peratus daripada keseluruhan peserta merupakan pasangan yang bakal menimang anak pertama, sekali gus menunjukkan keperluan terhadap pendedahan awal mengenai penjagaan ibu dan bayi sebelum memasuki alam keibubapaan.

Kelas Antenatal MEGA 2026 yang berlangsung di Hotel De Palma Shah Alam pada 18 Oktober lalu menjadi program penutup bagi siri kelas tahun ini.

Program berkenaan menghimpunkan bakal ibu bapa untuk mendapatkan pelbagai panduan berkaitan kehamilan, persediaan menghadapi kelahiran, pemakanan ibu hamil, penyusuan susu ibu serta penjagaan bayi baru lahir.

Peserta turut diberi peluang mengikuti demonstrasi praktikal bagi meningkatkan pengetahuan dan keyakinan dalam menghadapi proses kelahiran serta tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Inisiatif itu dilaksanakan ketika Malaysia berdepan penurunan jumlah kelahiran hidup sebanyak 4.5 peratus pada 2025, iaitu daripada 414,918 kelahiran pada 2024 kepada 396,175 kelahiran, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif SSASH, Akim Affandi Ahmad berkata, kelas persediaan ibu mengandung itu merupakan antara usaha hospital untuk memastikan bakal ibu dan bapa mempunyai pengetahuan mencukupi sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran.

Menurut beliau, program berkenaan akan diteruskan pada 2027 susulan permintaan berterusan daripada masyarakat, dengan penambahbaikan menerusi modul pendidikan yang lebih komprehensif.

“Antara pengisian baharu yang akan diperkenalkan termasuk pendidikan mengenai keselamatan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat) bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa terhadap aspek keselamatan anak, khususnya ketika berada di jalan raya,” katanya.

Bagi membantu bakal ibu bapa membuat persediaan kewangan, SSASH turut menawarkan pakej bersalin bermula RM2,699 yang sah sehingga 31 Disember 2026.

Pakej berkenaan turut merangkumi pemberian car seat secara percuma serta kredit RM50 bagi pembukaan akaun Tabung Haji di Cawangan Shah Alam, tertakluk pada terma dan syarat.

Selain itu, hospital berkenaan turut menyediakan khidmat dua pakar perunding Obstetrik dan Ginekologi bagi memberikan penjagaan profesional kepada ibu sepanjang perjalanan kehamilan dan proses kelahiran.

The post Lebih ramai pasangan muda sertai program keibubapaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved