Lebih RM1 bilion aset 1MDB berjaya dipulangkan ke Malaysia – PM Anwar

LocalPolitics
11 Nov 2025 • 3:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usaha Kerajaan Malaysia memulihkan aset dan dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus menunjukkan perkembangan positif apabila lebih RM1 bilion berjaya dipulangkan ke dalam negara baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, proses pemulangan dana berkenaan masih diteruskan oleh jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan, termasuk melibatkan kes di Switzerland dan London, United Kingdom.

image is not available

“1MDB ini pada peringkat akhir, masih ada kemasukan baru-baru ini.
“Saya tidak dapat teka berapa jumlahnya tetapi mencecah lebih RM1 bilion tambahan daripada dahulu.
“Proses ini (mengembalikan wang negara) masih diteruskan di Switzerland, di London dan ada jawatankuasa khas yang dipertanggungjawabkan…,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

image is not available

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) berhubung jumlah terkini dana 1MDB yang telah dipulangkan kepada Malaysia.

Artikel lain: Tiada suara penghargaan! PM Anwar kecewa pembangkang ‘membisu’ bila ringgit mengukuh

Lebih RM1 bilion aset 1MDB berjaya dipulangkan

Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, selain fokus terhadap pemulihan aset 1MDB, kerajaan turut memberi perhatian terhadap usaha menumpaskan pelbagai bentuk penyelewengan dan sindiket jenayah kewangan.

image is not available

Antaranya termasuk jenayah telekomunikasi, e-kewangan, e-dagang, pinjaman dan pelaburan tidak wujud, selain penipuan cinta yang semakin membimbangkan.

Pada Oktober lalu, kerajaan dan 1MDB dilaporkan telah mencapai penyelesaian dengan tiga institusi kewangan utama, iaitu Goldman Sachs berjumlah AS$3.9 bilion (RM16.48 bilion), AmBank Group (RM2.83 bilion) dan JP Morgan (Switzerland) Ltd sebanyak RM1.4 bilion.

Sumber: Sinar Harian