Lebih RM17 juta bantu penagih, LGBT kembali ke pangkal jalan

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 2:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih RM17 juta bantu penagih, LGBT kembali ke pangkal jalan

SHAH ALAM – Sebanyak RM17. 07 juta diperuntukkan dalam membantu 13,945 asnaf riqab sepanjang tahun lalu supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata, peruntukkan menerusi zakat asnaf riqab bagi menyediakan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan kepada golongan terbabit.

Menurutnya, peruntukan berkenaan turut meliputi geran pemulihan kepada Rumah Pemulihan Riqab, Program Kursus dan Latihan Asnaf Riqab, Perkhidmatan Pembimbing Riqab serta Sumbangan Kebajikan Asnaf Riqab.

“Pelbagai program pemulihan dan pencegahan turut dilaksanakan menerusi tiga Rumah Pemulihan Majlis dan 24 Rumah Pemulihan Riqab di bawah MAIS yang berperanan membantu golongan berdepan masalah sosial daripada pelbagai kategori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asnaf riqab merujuk individu yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah antaranya penagihan dadah, sumbang mahram, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), selain individu beragama Islam yang terpesong daripada ajaran agama seperti difatwakan pada 2012.

Kata MAIS, sejumlah RM4.1 juta peruntukan zakat sama telah disalurkan bagi menyantuni seramai 1,656 asnaf riqab bagi tempoh enam bulan tahun ini.

Tambahnya, seramai 213 Pembimbing Al-Riqab telah dilantik bagi membantu golongan terbabit menjalani proses pemulihan dan kembali ke jalan yang benar serta diredai.

Sehubungan itu, MAIS mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Bulan Pembebasan Riqab 2026 yang berlangsung dari 1 hingga 31 Ogos ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai usaha pemulihan golongan berkenaan.

“Kempen itu turut bertujuan memperkukuh kefahaman masyarakat mengenai peranan MAIS dalam usaha pembebasan dan pemulihan sosial, selain menggalakkan penglibatan pelbagai pihak dalam menyokong inisiatif berkenaan secara bersepadu dan berterusan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

The post Lebih RM17 juta bantu penagih, LGBT kembali ke pangkal jalan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved