Selangor peruntuk RM184 juta laksana kerja turapan, selenggara jalan tahun ini

17 Jul 2026 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor peruntuk RM184 juta laksana kerja turapan, selenggara jalan tahun ini

SHAH ALAM, 17 JULAI: Sejumlah RM184 juta diperuntukkan bagi melaksanakan kerja turapan dan penyelenggaraan jalan di seluruh Selangor sepanjang tahun ini.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata sebahagian jumlah melibatkan kos RM30 juta bagi menjalankan 51 kerja bawah Program Turapan Mega selain RM32 juta diberi kepada pihak berkuasa tempatan.

“Bawah PBT, sebanyak 57 kerja akan dilaksanakan. Keseluruhan jumlah ini turut merangkumi kerja naik taraf jalan bawah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran serta jalan kampung (PLB).

“Inisiatif ini akan mempercepatkan pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan selain memastikan kemudahan jalan raya lebih selamat dan selesa untuk rakyat Selangor,” katanya menerusi Facebook.

Image from: Selangor peruntuk RM184 juta laksana kerja turapan, selenggara jalan tahun ini
EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim ketika sidang media pelancaran Jetpatcher Infrasel di Dataran Pahlawan, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 10 September 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Cabutan Undi Kerja-Kerja Penyelenggaraan Jalan bawah pengurusan INFRASEL 2026 di Stadium Mini JKR, dekat sini.

Izham berkata semua kontraktor yang berhasrat mendapatkan tender berkenan perlu mematuhi syarat kelayakan antaranya sah berdaftar dengan INFRASEL.

Menurutnya, pihak kontraktor juga perlu mempunyai pendaftaran yang masih aktif dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) selain mempunyai pengalaman menyelenggara jalan.

“Saya berharap kontraktor yang berjaya akan melaksanakan amanah ini dengan penuh integriti, mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dan menyiapkan projek mengikut jadual demi kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved