Lebih RM200 juta eBeliaRahmah ditebus di TNG eWallet

27 Jun 2023 • 4:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

26 Jun 2023 adalah hari permulaan program penebusan kredit edompet eBeliaRahmah. 3 penyedia edompet telah dipilih sebagai saluran yang boleh ditebus iaitu Boost, Setel, dan Touch 'n Go eWallet (TNG eWallet). Selepas 24 jam program berjalan, satu berita menarik telah dikongsikan oleh pihak TNG eWallet. Mereka memaklumkan yang lebih 1 juta Belia Malaysia berjaya menebus kredit eBeliaRahmah dengan mereka.

image is not available

Kalau kita bandingkan dengan info sewaktu pembentangan Bajet 2023 dulu yang memperuntukkan RM400 juta untuk inisiatif ini, ia bermakna lebih separuh penebusan adalah melalui TNG eWallet!

image is not available

Ganjaran tambahan eBeliaRahmah di TNG eWallet

TNG eWallet menawarkan baucar bernilai sehingga RM550 yang terdiri daripada diskaun serta pulangan tunai. Ia adalah himpunan manfaat daripada pelbagai penjual dalam kategori jenama beli-belah, kedai serbaneka, F&B, bil, permainan, dan hiburan.

image is not available

Antara yang menarik adalah:

image is not available

Anda boleh layari laman rasmi TNG eWallet untuk maklumat lanjut.