Kerajaan telah pun mula menawarkan kredit eBelia Rahmah melalui tiga dompet digital tempatan iaitu Boost, Setel dan TNG eWallet sejak semalam. Melaluinya, kredit sebanyak RM200 dikreditkan kepada akaun pengguna yang layak, dan boleh digunakan untuk pembelian secara luar-talian.
Kerajaan menawarkan kredit ini kepada 2 juta orang belia, membawa kepada sejumlah RM400 juta diperuntukkan. Menariknya, melalui perkongsian pihak TNG eWallet, mereka menyatakan lebih 1 juta belia Malaysia telah berjaya menebus kredit eBelia Rahmah melalui dompet digital mereka.

Ini sekaligus memperlihatkan majoriti besar belia memilih dompet digital TNG eWallet untuk penebusan berbanding dengan Boost dan juga Setel.
Pihak Boost dan Setel masih tidak mengeluarkan sebarang data berkenaan dengan penebusan kredit ini buat masa ini. Bagi anda sendiri, apakah dompet digital yang anda pilih untuk penebusan?


