Lebih sebulan berlalu, sisa runtuhan gempa Turkiye masih dialihkan

14 Mar 2023 • 3:34 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

ANKARA: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye bulan lepas meningkat kepada 48,448 orang, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.

“6,660 daripada mangsa yang terkorban adalah warga asing,” kata Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu pada sidang media di wilayah Malatya.

“Kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan masih diteruskan,” katanya.

image is not available
Suleyman Soylu melawat mangsa gempa di kawasan Khemah Stadium Kirikhan, Hatay

Pada 6 Februari, gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 11 wilayah – Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa termasuk negara jiran Syria.

Lebih 13.5 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.