Lebih sebulan tidak berjumpa, bekas isteri Safee Sali tuntut hak penjagaan anak-anak

19 Mar 2024 • 8:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas isteri Mohd Safee Mohd Sali iaitu Fitria Elfina Maharip, 44, mengesahkan dia tidak dapat bertemu dan berkomunikasi dengan dua anaknya sejak 6 Februari lalu dan tidak mengetahui di mana keberadaan mereka buat ketika ini.

Menerusi temubual bersama Sinar Harian, dia telah memfailkan kes tuntutan hak penjagaan anak terhadap bekas suaminya itu berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka dan akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Syariah.

image is not available

Foto: Utusan TV

Berhubung dengan itu, keputusan ini dibuat apabila kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat atau penyelesaian pada prosiding sulh yang dijalankan berhubung tuntutan itu pada Isnin lalu.

“Sulh (kelmarin) tidak berjaya jadi kita akan terus proses kepada sebutan di mana sebutan (ditetapkan) pada 9 Mei depan,” kata peguam syarie, Amir Syazwan Ahmad Fauzi yang mewakili Fitria.

image is not available

Foto: Sinar Harian

“Saya akan perjuangkan (hak penjagaan anak) untuk anak-anak sebab 100 peratus saya yang menjaga anak-anak serta tidak pernah berpisah dengan anak-anak,” tambahnya lagi.