“Mereka Tak Selesa, Ada Orang Marah” – Sebulan Lebih Tak Jumpa, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Lari Anak-Anak

Family & Parenting
19 Mar 2024 • 10:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali mendedahkan dirinya sudah tidak berhubung dengan anak-anak hampir sebulan lebih.

Safee bawa lari anak-anak

Wanita yang bernama Fitria Elfina Maharip mendakwa Safee telah membawa lari anak-anak kandungnya iaitu Shanika Salsabila, 9 dan Shania Safina, 7 sejak 6 Februari yang lalu.

Sekarang saya sedang failkan hak penjagaan anak (hadhanah). Saya tidak tahu keberadaan anak saya. Sekarang anak-anak bersama Safee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SuperSafee 10 (@supersafee_10)

Anak hantar surat

Kata Fitria, tuntutan hak penjagaan anak dibuat olehnya kerana selama ini dia yang menjaga anak-anak sepenuhnya dan ini merupakan kali pertama mereka berpisah hampir sebulan lebih.

Bahkan wanita itu berkata anak perempuannya ada menghantar sepucuk surat meluahkan rasa rindu pada 28 Februari yang lalu.

Dalam surat itu juga anak-anak saya kata, di sana (bersama Safee) mereka tak selesa kerana katanya orang marah.

Sekadar info, Safee Sali dan Fitria mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan itu.

image is not available 2 weeks ago

"Awak Tak Payah Buat Tahu, Kena Kencing!" - Individu Simpati Dengan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Bidas Netizen Senang Terpedaya