‘Lebih waspada, sentiasa mendaki dalam kumpulan’

10 Jun 2024 • 4:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Permulaan musim hujan di daerah ini bagaikan memberi cabaran dalam kalangan pendaki Gunung Kinabalu apabila laluan semakin licin berbanding keadaan ketika musim kering.

Disebabkan itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib mengulangi nasihatnya kepada semua bakal pendaki supaya membuat penilaian serius terhadap kesihatan mereka sebelum mendaki Gunung Kinabalu.

Beliau berkata perlu ada persiapan mental dan fizikal, dan hanya bawa barang yang sesuai dan perlu sahaja. Beliau turut menasihati pendaki yang mendaki supaya lebih berhati-hati semasa cuaca tidak menentu sekarang kerana permukaan tanah dan batuan lebih licin berbanding cuaca biasa.

“Sentiasa mendaki dalam kumpulan, jangan berjalan sendirian dan pastikan anda memberi perhatian kepada nasihat pemandu kami. Ini amat penting bagi mengelak kejadian tidak diingini pada masa hadapan,” katanya.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Sementara itu pada Ahad, seorang wanita warga tempatan berusia 38 tahun menjadi mangsa ke-15 mengalami komplikasi semasa mendaki Gunung Kinabalu bagi tahun ini selepas terseliuh di buku lali kiri di sini pada Selasa. Ridwan berkata, kejadian berlaku di Kilometer 6 denai mendaki Gunung Kinabalu, kira-kira jam 9 pagi.

“Kami menerima panggilan melalui Talian Stesen dan sepasukan enam pasukan mencari dan menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu serta dua anggota Bomba dan Penyelamat diketuai Pegawai Operasi, PB Reason Justin bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan tiba di lokasi pada jam 9.22 pagi, kami mendapati terdapat seorang pendaki yang terseliuh buku lali kiri semasa turun dari puncak, dan tidak mampu meneruskan pendakian sendirian.

“Anggota Mosar bersama lima Malim Gunung memberikan rawatan awal dan kemudian membawa turun mangsa menggunakan kaedah piggyback carry menuju ke Pintu Timpohon,” katanya.

Menurut Ridwan, kira-kira jam 1.55 tengah hari, mangsa selamat tiba di Pintu Timpohon dan kemudian mangsa diserahkan kepada anggota EMRS untuk dibawa ke Hospital Ranau bagi rawatan lanjut.

Tambahnya, kes pada Ahad menjadi kes kedua bagi bulan Jun tahun ini, dan ke-15 bagi tahun 2024.

Pada Januari lalu, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada Februari (2), Mac (2), April (0) dan Mei (6) kes serupa direkodkan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.