
RANAU: Seorang pendaki wanita tempatan menjadi mangsa ke-11 mengalami komplikasi ketika mendaki Gunung Kinabalu tahun ini selepas mengalami masalah lutut pada Khamis.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku di Kilometer 3.8, Gunung Kinabalu, kira-kira jam 2 petang.
“Kami menerima panggilan melalui Talian Balai dan sepasukan empat anggota pasukan mencari dan menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu diketuai Pegawai Operasi, Jayrell Tony bergegas ke lokasi kejadian.
“Apabila pasukan tiba di lokasi, kami mendapati terdapat seorang pendaki yang mengalami masalah lutut dan tidak mampu meneruskan pendakian di KM 3.8 Gunung Kinabalu.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more “Mosar bersama Malim Gunung dan seorang kakitangan Taman-Taman Sabah memberikan rawatan awal dan kemudian membawa turun mangsa menggunakan kaedah piggyback ke Timpohon Gate,” katanya.
Menurut Ridwan, kira-kira jam 4 petang, mangsa selamat tiba di Timpohon Hate sebelum diserahkan kepada anggota Koktas untuk dibawa ke Ibu Pejabat Taman-Taman Kinabalu.
Tambahnya, kes pada Khamis menjadi kes keempat bagi Mei tahun ini, dan ke-11 untuk 2024.
Pada Januari, tiga pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu manakala pada Februari (2), Mac (2) kes sama direkodkan.
Tiada kes dilaporkan pada April.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
