Lebuhraya AKLEH Turut Sokong Pembayaran Tol Melalui Kad Debit Dan Kredit

11 Sep 2023 • 3:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) mengumumkan kini mereka akan menyokong alternatif pembayaran tol melalui kad debit dan kredit.

Dalam pada itu, ia memberikan pengguna lebih banyak pilihan untuk melakukan pembayaran tol.

image is not available

Bukan itu sahaja, pengguna boleh melihat lorong hibrid untuk pembayaran menggunakan kad debit dan kredit di plaza tol. 

Malah, terdapat tiga cara pembayaran tol iaitu melalui kad Touch ‘n Go, SmartTag dan juga identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Sementara itu, terdapat 8 lagi lebuhraya yang telah menyokong pembayaran tol melalui kad debit dan kredit iaitu MEX, LDP, KESAS, NPE, BESRAYA, DUKE, Sprint dan Smart Tunnel. 

Kerajaan sebelum ini mengumumkan terdapat 12 lebuhraya yang akan menyokong pembayaran melalui kad debit dan kredit menjelang September 2023.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Korang still boleh bawa makanan sendiri tapi kena follow la diorang punya garis panduan #mas #malaysiaairlines #airlines #gear #ohgear #ohmedia

♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic