Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 11 dibuka 12 Mac lalu dengan jajaran sepanjang 35.5 km ini kemudiannya boleh digunakan secara percuma. Tempoh penggunaan percuma jajaran yang menyabungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas ini tamat ada tengah malam 24 Julai bersamaan Rabu ini.

Kutipan tol adalah secara nirtunai sepenuhnya dengan sokongan kad Touch ‘N Go, SmartTag dan RFID.(WCE) adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering), Perak. Apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan, yang akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya PLUS yang sedia ada. Daripada 11 seksyen lebuh raya, hanya lima lagi yang masih belum siap sepenuhnya.


