Bersama-sama perkongsian penambahan lima lebuhraya tambahan yang akan menguji sistem pembayaran terbuka, kini Menteri Kerja Raya turut berkongsi menyatakan akan melakukan ujian konsep untuk sistem tol tanpa palang pada penghujung bulan Oktober 2023 kelak.
Kerajaan telah memilih Lebuhraya Sungai Besi sebagai lokasi untuk ujian konsep ini.

Dengan langkah implementasi ini, ia dijangka akan memudahkan perjalanan, serta mengelak sebarang kesesakkan lalu-lintas yang kini berlaku disebabkan oleh palang tol di penghujung lebuhraya.
Menteri turut berkongsi menyatakan kerajaan komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka serta transisi ke lebuhraya tanpa palang tol secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.
Sebyk 5 lagi lebuhraya tlh b’setuju utk menawarkan sistem p’byrn t’buka yg akn dimulakan pd pertghan Sept 2023.
Ini m’jdkan keseluruhan jumlah l/raya yg bakal t’libat kpd 11.
Maklumat penuh sy kongsikan di di FB saya.
Terima kasih & syabas kpd yg terlibat! pic.twitter.com/A0zt1EUtUy


