“Leceh bawa orang tua” – Zain Saidin Mengusik Che Ta Sebab Naik ‘Airwheel’ Dalam Mall

Entertainment
8 Feb 2024 • 5:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasangan serasi, Zain Saidin dan Rozita Che Wan seringkali mendapat perhatian netizen di sosial media kerana content mereka yang kelakar dan suka mengusik antara satu sama lain.

Terbaru, satu video yang dimuat naik oleh Che Ta di TikTok @rozitachewan1 sekali lagi membuatkan orang ramai terhibur apabila Zain telah mengusiknya kerana menaiki airwheel ketika berada dalam pusat beli belah.

“Leceh bawa orang tua”

Dalam video itu, mereka berdua sedang bersiar-siar di dalam sebuah pusat beli belah yang terletak di Kuala Lumpur. Disebabkan mall itu agak luas, Che Ta telah menaiki airwheel bagi memudahkannya untuk berjalan lalu Zain Saidin pun mengusik isterinya sampai ketawa.

Leceh jugalah bawa orang tua mai mall, dia tak larat nak jalan.. jadi lagu ni lah! Kita bawa orang tua geng, bawa orang tua jalan-jalan kat mall. Kita nak pergi mana? Cari wheelchair, nak?

Che Ta still cantik walaupun berusia

Walaupun diusik sebegitu, Che Ta langsung tidak makan hati malah dia turut mentertawakan gurauan kasar oleh suaminya. Dia juga memberitahu dirinya masih nampak muda walaupun sudah lanjut usia.

Biadap eh cakap I tua.. Suka hati je! Sampai hati kata I tua.. Walaupun tua, I jelita tau..

Pelakon dan usahawan inai itu terus mengendahkan suaminya sambil meronda di sekitar mall menggunakan airwheel.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pasangan ini.

image is not available image is not available

Sweetnya tengok diorang dua ni!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.