Lee Chong Wei Dijemput Dalam Perlawanan Paris 100 Hari Bersama Pemain Badminton Terbaik Dunia

24 Apr 2024 • 4:23 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemput beliau ke perlawanan legenda yang menampilkan bekas pemain badminton terbaik dunia seperti Lin Dan, Taufik Hidayat dan Peter Gade, baru-baru ini.

image is not available

Foto: rojakdaily.com

Menurut satu laporan Astro Awani, bekas pemain nombor satu dunia tersebut mengucapkan ucapan terima kasihnya melalui satu hantaran di platform media sosial kerana telah menganjurkan perlawanan melibatkan pemain-pemain legenda badminton dunia.

“Kami pernah menjadi pemain muda yang mengejar impian yang sama dan datang dari pelbagai negara. Terima kasih Paris 100 kerana mengumpulkan kami sekali lagi di kota paling romantik di dunia dan bermain sukan yang paling kami gemari.

“Semestinya seronok melihat rakan lama saya seperti Lin Dan, Peter Gade dan Taufik. Ingatan terbaik saya tentang Paris adalah ketika memenangi Terbuka Perancis pada tahun 2015 dahulu,” katanya.

image is not available

Foto: Astro Awani

Chong Wei juga memberitahu bahawa beliau bergandingan dengan Peter Gade dalam perlawanan persahabatan menentang gandingan Lin Dan dan Taufik Hidayat di Menara Eiffel yang merupakan menara ikonik di Paris, Perancis.

Perlawanan Paris 100 tersebut diadakan bersempena kiraan detik 100 hari sebelum bermulanya temasya sukan Olimpik Paris yang bakal membuka tirainya pada 26 Julai 2024 nanti.

Sumber: Astro Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved