Lee Chong Wei & Lin Dan Tersenarai Dalam ‘Hall of Fame’ BWF, Taufik Hidayat Tak Puas Hati?

Entertainment
1 Jun 2023 • 5:16 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak perkara yang boleh menyatukan rakyat Malaysia, salah satunya ialah sukan. Selain bola sepak, sukan yang paling ditunggu-tunggu rakyat Malaysia ialah sukan badminton.

Jika sekarang kita ada Lee Zii Jia, sebelum ini Malaysia menjadi negara yang paling digeruni dalam sukan badminton kerana kita ada Datuk Lee Chong Wei (DLCW) yang memegang rekod menjadi nombor 1 dunia untuk sukan itu selama 349 minggu atau lebih 6 tahun.

Baru-baru ini, ketika Malaysia Masters diadakan, DLCW serta bekas pemain badminton China, Lin Dan menerima penghargaan besar dari Badminton World Federation (BWF) iaitu kedua-dua mereka dimasukkan dalam BWF Hall Of Fame.

image is not available

Mereka yang menempa nama dalam senarai itu merupakan atlet badminton yang menunjukkan prestasi luar biasa dan pencapaian yang hebat dalam sukan itu.

Namun, tular sebuah video di TikTok di mana ada sebuah temu ramah dengan pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat yang seakan tidak puas hati apabila DLCW tersenarai dalam Hall of Fame itu.

Taufik Hidayat: Dalam pertandingan yang dikira juara bukan siapa paling lama (konsisten).

Hos: Paling lama di tempat pertama (ranking)?

Taufik Hidayat: bod*h

Hos: 3 kali silver?

Taufik Hidayat: bod*h, kau kalau 10 kali silver satu kali emas pilih yang mana?

Sedutan temu ramah itu mengundang reaksi yang pelbagai dari netizen Malaysia malah, ada juga kelihatan penyokong badminton Indonesia memberikan kecaman terhadap bekas pemain badminton Indonesia itu.

image is not available

Hmm mungkin BWF ada kriterianya sendiri…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.