Lee Do Hyun Tamat Latihan Tentera, Jerit Nama Teman Wanita Tanda Terima Kasih

EntertainmentLifestyle
14 May 2025 • 5:30 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon Korea Selatan, Lee Do Hyun menjadi perhatian umum apabila selesai menjalani latihan ketenteraan pada Selasa.

Lee Do Hyun tamat latihan

image is not available

Memetik laporan Allkpop, kemunculan Do Hyun disambut dengan suasana yang penuh meriah dan pelakon itu dilihat tampil mengenakan seragam lengkap ketika bertemu para peminat yang sudah menunggu kepulangan aktor kacak tersebut.

Bukan itu sahaja, apa yang menarik Do Hyun sempat menjerit mengucapkan terima kasih kepada teman wanitanya iaitu aktres Lim Ji Yeon sebagai tanda penghargaan kerana masih setia menunggunya.

Momen istimewa itu dilihat cukup bermakna memandangkan pasangan ini terpaksa terpisah selama 21 bulan sepanjang tempoh Do Hyun berada di kem latihan.

image is not available

Terdahulu, pasangan tersebut dengan terbuka mendedahkan sedang menjalin hubungan cinta pada April 2023.

Dalam pada itu, menurut agensi Yuehua Entertainment Korea memaklumkan Do Hyun bakal kembali aktif semula dalam industri lakonan tidak lama lagi.

Pelakon itu juga dikatakan sudah menerima beberapa tawaran lakonan dan sudah mula disunting menjadi duta untuk sebuah produk.

Sumber: allkpop